Monday 14 November 2011

first job: guru ganti


Suatu malam, hujan turun dengan lebatnya, tiba-tiba my whiteberry henset berdering memecah kesunyian malam.

'so don’t you worry your pretty little mind, people throw rocks at things that shine and life makes love look hard…'

Then, aku pun tengok la siapakah yang call malam-malam buta ni. Aik, number yang tidak dikenali muncul. Siapakah? Boyfriendkah? mustahil sebab aku single and available. Maybe ada orang nak mengorat kot.hehe… 

'the stakes are high, the water’s rough but this love is ours'
 
At last, aku pun angkat la. 
“hello..”
“helo ain, liza ni..”

Owh rupa-rupanya liza, housemate kat UPSI dulu. Ingatkan sapa. Buat suspen je tadi. Huhu… Liza minta tolong jadi guru ganti kat tempat dia kerja esok. Dalam teragak-agak aku pun sanggup la terima job dia. Aku fikir ni la peluang cari pengalaman. Tapi aku masih ragu-ragu, bolehkah aku? Sebabnya ni guru ganti tadika. Budak-budak seh.. aku tak biasa jaga budak-budak. Anak saudara pun baru sorang plus baru lahir. Hmmm tak pe la. Take it as a challenge.

Esoknya, bangun pagi mandi gosok baju bagai suma la. Teringat zaman praktikal dulu. Pagi-pagi berebut nak iron baju la, berebut toilet la, breakfast pun terkejar-kejar. Nak dijadikan cerita, sebab lama dah tak pakai tudung bawal, lama juga la aku di depan cermin duk baiki tudung tue. Sedar-sedar dah pukul 7.25 pagi. Aiseymen dah lambat dah. Tadika tue masuk 7.30 pagi. Senario yang sama time praktikal dulu, grab roti dan minum air teh (yang telah disediakan ma) sedenguk, capai kunci kereta dan blah. Dalam kereta, tetiba aku perasan sesuatu. 

“Ya Allah!” 

Ni terkejut bukan sebab aku dah lewat tapi sebab tangki minyak kereta kancil kesayangan aku dah nak kosong. So, aku kena buat pilihan nak teruskan ke tadika ke atau nak isi minyak dulu. Kalau isi minyak dulu konform-konform la aku jadi sangat lambat. Dah la dah sedia lambat. Aduuiihh! Last-last aku buat keputusan terus pergi ke tadika. Isi minyak nanti balik karang. Insyaallah sempat kot minyak. Kalau tak sempat pun time nak balik nanti kot. Kalau kereta mati tengah jalan boleh je call ayah mai bawa tong minyak. huhu..

Alhamdulillah selamat sampai kat tadika tue. Berdebar-debar la pulak padahal budak je pun. Masuk je tadika, disambut oleh liza dan sorang cikgu iaitu kak mira merangkap bos disitu sambil say sorry coz lambat sebab trafik jam (kalentong.. huhu). Aku jengok budak-budak tue, ok je. Baik je duk main mainan. 

“pagi lagi memang la baik. Nanti kejap lagi taw la ain.” Kata liza.

Then, aktiviti tadika pun bermula. Seperti biasa baca doa, menyanyi dan menari. Suma pelajar dan cikgu buat kecuali aku. Entah kenapa rasa awkward pula. Kuikui.. Dalam ke-awkward-an aku teruskan juga tugas aku sebagai guru ganti. Tapi sebenarnya hari tue tak ada kelas macam selalunya sebab diorang baru habis periksa. Uish budak tadika yang umur 2-6 tahun pun ada exam jugak kot. Aku diberitahu cikgu tadika pun ada lesson plan juga. Uish canggih-canggih. Ke aku yang katak dibawah tempurung? Tugas aku hari tue hanya la memerhati dan kontrol budak-budak tue je.

Time kak mira nak bagi jelly sorang satu kat budak-budak tue, diorang diarahkan buat bulatan. So, aku handle la suh diorang buat bulatan betul-betul. Yang lucunya ada beberapa orang budak berebut nak pegang tangan aku. Siap gaduh-gaduh lagi. Then kak mira perasan dan marah diorang. Untuk berlaku adil aku pegang tangan budak lain. Menangis salah sorang daripada budak tue. Hehehe.. 

Pukul 2, kelas membaca pula. Kelas ni budak lain pula yang datang. Budak yang umur 6-7 tahun yang tak pandai lagi membaca. Lebih kurang tuisyen la. So, aku ajar la apa yang patut. Tepat pukul 5 baru la aku balik. Tapi sebelum balik, ada la sedikit habuan untuk hari ni. Walaupun tak seberapa tapi tue adalah untuk first job yang aku pernah buat seumur hidup aku. touching!


Liza tengah ajar menyeja


p/s: nasib baik minyak cukup untuk aku drive ke stesyen minyak yang berdekatan.

2 comments:

inisuha said...

kahkah..lawok.sehari jah ko jadi cikgu tadika ni?

ain sidi said...

sari jah. sajo tulong saim. pah 2 lusa 2 dia ajok g tadika coz ada jamuan bufday. aku g bw fahim. seronok btul fahim men dgn bdk2..

Post a Comment