Sunday 15 January 2012

Tak Ada Rezeki


Alhamdulillah akhirnya senarai nama untuk interview Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sudah keluar. Tapi nama aku dan budak-budak fakulti (Fakulti Sains dan Matematik) aku belum keluar lagi. Katanya akan keluar berperingkat-peringkat dan kami akan di interview mulai 30 Jan – 10 Mac (kalau tak silap). Kalau bulan Mac baru habis, maknanya lambat lagi la posting. Paling cepat mungkin bulan April. Hmmm entah la. Biar la, malas dah nak fikir. Kalau orang panggil interview kita pergi, kalau tak tunggu orang masuk minang je la. Huhu..

Baru-baru ni aku ada terima panggilan daripada sorang kawan sekolah. Dia senior aku time belajar kat sekolah Azhariah dan SMKA Melor. Sebab bufday dia kan, so panggilan free. So, kami berborak panjang la. Dia tanya bila posting suma bagai la. Then, aku pun cerita la alkisah kami budak-budak edu ni yang tak posting-posting sampai sekarang. Tak de hitam putih pun bila kami akan di interview, cuma omong kosong pihak atasan yang berjanji dari bulan ke bulan hingga aku pun fade up asyik menunggu buah yang tidak gugur. 


Alhamdulillah, dia seorang kaunselor dan dia memahami tekanan perasaan yang aku alami dan banyak nasihat yang dititipkan untuk aku. Suruh aku bersabar, buat solat sunat hajat banyak-banyak dan macam-macam la. Pendek kata dia sangat memahami aku. Katanya dia boleh baca isi hati aku camne dan tau perangai aku camne. Apa yang dia katakan tentang diri aku suma betul. Mungkin sebab aku terbuka dengan dia dan tidak hipokrit, so senang dia menganalisis perangai aku. Aku akui memang comfortable kalau bercerita dengan dia. Maklum la kaunselor kot. Lagi pun apabila bercerita dengan kaunselor ni kerahsiaan kita insyaallah terjamin. Tue aku belajar skit-skit time PRS kat UPSI dulu. 

Satu lagi, aku suka berbahas dengan dia. Dalam duk borak-borak pasal isu posting ni, dia selalu cakap ‘sabar la, tak de rezeki lagi tue..’. Sebenarnya bukan dia sorang saja yang cakap camni, tapi ramai lagi orang-orang yang aku jumpa akan kata benda yang sama. Memang aku akui aku pun selalu kata camni untuk memujuk hati tetapi…… (tetapi mesti ada, simbol orang yang tak puas hati :p )

Aku bagitau dia, komen dia tentang ‘tak de rezeki’ tue boleh dianalogikan seperti aku mengajar sains dalam kelas. Contoh bab mitosis meiosis. Pelajar sudah belajar proses mitosis dan meiosis. Minggu seterusnnya aku tanya balik nak recall ape yang diorang sudah belajar pada minggu lepas, “kenapa baby yang baru lahir, lama-lama akan membesar dan merangkak, lepas tue boleh berjalan, berlari?” then pelajar jawab “sebab kuasa tuhan, cikgu.” Korang rasa betul ke salah jawapan dia?


 Betul la kan? Memang kuasa Allah tapi setiap yang berlaku mesti ada sebab muasabab dia. Kita belajar sains memang tak boleh lari dengan persoalan kenapa? bagaimana? dimana? bila? siapa? bla bla bla.. So, that’s why aku nak tahu apa sebabnya diorang tak posting-postingkan kami lagi. Walhal cikgu memang tak cukup. Sebabnya, kawan-kawan aku yang berada di negeri lain seluruh Malaysia dipanggil jadi guru interim (guru sandaran sementara) cuma aku yang kat Kelantan je tak de guru interim sebab Kelantan dah cukup guru.

Terdiam dia! Yes, aku sudah menang berbahas dengan dia. Sebenarnya bukan isu ni saje aku bahaskan, isu GSTT dan suma la yang berkaitan pendidikan. Pada asalnya dia sokong isu GSTT sebab isteri dia ada mintak GSTT tapi tak dapat. Biasanya susah nak kalah dengan dia sebab dia pandai bercakap. Ngee~

P/s: bukan tak bersyukur tapi hanya nak share yang aku berjaya kalahkan kawan aku tue saje. hehehe

0 comments:

Post a Comment