Saturday 26 November 2011

Checkmate!


Bosan! Tak tau nak buat apa. Internet pulak sangat-sangat slow. TV? Camne nak tengok kalau ‘Service is currently not available’ sebab hujan. Nak tengok cerita dalam external tak de mood la plak. Godek-godek laptop aku tetiba ternampak icon chessmaster. Rasa malas la pulak nak main chess sebab main game ni memerlukan konsentrasi dan tumpuan. Then, terlintas dalam fikiran why not main coz dah lama tak sentuh game ni. Tengok skill aku masih berbisa lagi ke tak. bajet terer!
So, aku main la. Malas nak select player so aku lawan je dengan yang dia bagi. Lawan aku ialah Josh seorang budak yang berumur 6 tahun mempunyai rating 1200. Seingat aku la, tak pernah lagi aku menang kalau lawan dengan budak Josh ni. Tapi kalau lawan dengan player lain yang rating lebih kurang Josh (6 yrs) ada jugak menang. Seperti yang dijangka la, aku kalah! Huhu...





Bercerita mengenai chess ni teringat aku zaman praktikal dulu. Time praktikal dulu, untuk aktiviti ko-kurikulum sukan dan permainan, aku pegang Permainan Dalaman. Saja aku ambik Permainan Dalaman sebab malas nak main tengah padang dan berpeluh. Baguskan? Hehe… Sengaja aku mendiamkan diri apabila Penolong Kanan Ko tanya aku pandai ke tak main bola jaring atau sukan lain. Hakikatnya bukan tak pandai tapi malas nak berdiri tengah padang dalam panas terik. Nanti hitam la akak! Hehehe.. Kat Uni dulu pun aku ambik kursus bola jaring dan siap dapat A lagi. Aku jugak ada sijil pengadilan bola baling. Maknanya aku layak untuk jadi pengadil bola baling. You all ada? Hihi.. tapi sekarang dah lupa! Kena belek buku semula. Damn! Berbalik cerita permainan dalaman, banyak la games yang terdapat dalam ni antaranya ialah chess, sahiba dan macam-macam lagi la (sebab aku tak ingat). Tengah aku duk round tengok-tengok intai-intai students main, tetiba ada sekumpulan student ni ajak aku lawan chess dengan diorang. Dengan malu-malu kucing aku menolak,

“teacher tak pandai main chess. korang main la. Teacher tengok-tengok je”

Memang time tue aku tak berminat pun nak main sebab tugas aku tengok-tengok je kot-kot ada yang bergaduh ke apa. Budak-budak kan unpredictable. Sungguh-sungguh diorang ajak suruh aku cuba chess dan akhirnya untuk tidak menghampakan diorang aku main la juga.

“seround je tau..”. pinta aku.

Masa tengah main, suasana senyap je. Yela tengah berfikir kan. Tapi aku pulak rasa bosan. So, aku borak-borak dengan student yang ada duk keliling aku main. Aku tanya pasal chess je la. Tanya siapa paling terer main chess kat sini, pernah wakil sekolah ke, bla bla bla… dan diorang cakap la yang tengah lawan dengan aku la paling terer chess. Aku pun 

“owh yeke..ok kita tengok”.

Budak tue langsung tak bercakap. 100% concentration! Aku pulak rasa bersalah takut-takut perbualan aku mengganggu konsentrasi dia. Tiba-tiba, 

“Checkmate!” bisik aku. 

Bisik je tak mau budak tu malu. Tapi malangnya budak tue cam tak leh terima kekalahan dia. Dengan nada overconfident, dia ajak aku lawan untuk kali ke dua. Aku pun tolak la sebab aku dah kata main seround je tadi. Budak tue insist juga dan akhirnya aku pun lawan la untuk second round.

“kalau teacher menang kali, kita stop ok”. Aku request. 

Malangnya sekali lagi budak tue kalah! Dia masih tidak berpuas hati dan terus menerus mendesak aku untuk main for the last round. Aku pulak dah dua kali menang terus semangat nak lawan lagi. Aku nak tengok sampai bila budak ni baru boleh terima kekalahan dia.

“kalau teacher menang lagi awak bawa ikan pekasam untuk teacher, amacam? Ada bran?” cabar aku.
 “OK!” kata budak tue.

Degung degeng degung degeng…. Game kali ni lebih serius. Yela sebab ada hadiah kalau aku menang. Akhirnya, 

“yessss! Pekasam for dinner tonite.” Jerit aku. Hehe…

Sebelum aku blah, aku sempat cakap kat budak tue praktis lagi ye. Next 2 week kita lawan lagi. Then, aku pun blah pergi dewan badminton menjengok ana dan anak-anak buahnya berlatih.

Sampai habis praktikal aku tunggu ikan pekasam budak tue, tak jugak muncul-muncul. Budak tue pun tak kelihatan batang hidungnya. Busy maybe since dia form 3.

6 comments:

syaju said...

haha..wow great..u can be my teacher..teach me how to play chess since i langsung x pndai men..haha..can?

ain sidi said...

no hal tp adab menuntut, anak murid cari guru bukan guru cari anak murid. so, meh la dtg klate.hehe

inisuha said...

hehe..sajo nok nyohor, in this weekend aku dah download 6 bijik movie dah yg akan masuk dlm external utk jadi waiting list utk tgk.kehkeh..ada berani?

ain sidi said...

haha~ apakah? xheran pn.lalala~ drp duk tgk muvie 2 bek la mu g jogging kuruskan bdn.hehe

syaju said...

nk trun klate blh je..tp bz la skrg ni..huhu..banjir la klntan..lg i x leh trun..meh la nek SA lk?hehe

ain sidi said...

owh.. kalu klate = turun, kalu SA = naik

Post a Comment