Wednesday 18 January 2012

MARA – Panggilan Temuduga

Seperti hari-hari yang lain, bila masuk pukul 11 pagi aku akan sibuk di dapur. Memasak untuk makan tengahari la. Tengah sibuk duk main masak-masak, tiba-tiba kawan aku call. Berlari aku mendapatkan handfon. Last-last tak sempat juga nak jawab. Aku tidak terus call balik, sebaliknya aku sambung memasak. Yela kan tak pasal-pasal hangus plak ikan dalam kuali tue. Dalam pukul 12 lebih, baru je ciap masak, tetiba kawan aku call lagi. Cepat-cepat aku angkat dengan tangan yang masih basah lagi. 

“helo…”
“helo ain, ain dapat mesej dari MARA tak?” tanya Leeza.
“Mesej? Entah. Tak de pun. Nape?” balas aku.
“Leeza dapat interview MARA. Ramai kawan-kawan kita dapat. Try ain cek kat website mara. Tak pun mai IC nak tolong cek.” Begitu excitednya leeza memaklumkan pada aku.


Aku pun bagi la IC suh dia cek. Kebetulan internet dia slow time tue, so kami pun hang up la. Lepas tue aku terperasan ada SMS baru. Ada beberapa SMS daripada kawan dan satu nombor yang pada fikiran aku mesej iklan. So ignore la sms yang disangka iklan tue. Hampir-hampir nak delete terus kot tanpa membukanya dulu. Selesai membalas sms kawan aku, tergerak hati nak buka sms ‘iklan’ tue. Lepas buka, terkejut aku! Alhamdulillah syukur aku terpilih untuk menghadiri sesi temuduga di Institut Latihan Kecemerlangan MARA di Pulau Pinang.

Alhamdulillah :)


Pelik rasanya. Sebelum ini permohonan aku tidak berjaya (Post yang lalu) Aku tak berjaya untuk ujian personaliti iaitu peringkat pertama temuduga MARA alih-alih dipanggil untuk temuduga. Rezeki aku dan kawan-kawan kot. Menurut kawan-kawan aku, ada yang tak mohon langsung pun tapi dipanggil temuduga. Ramai budak kimia yang dapat temuduga ni. Kitorang hepi giler kot coz leh reunion ramai-ramai kat sana nanti.

Jumpa disana disana disaanaaaaa...!! ^^

5 comments:

Mr Leprechaun said...

abes nanti keje dgn MARA la ye? nway congrats and gudluck! prepare btol2 for interview k? hehe ;)

ain sidi said...

insyaallah kalu rezeki dgn mara. tapi keutamaan saya pd KPM lg. tgh tggu panggilan intrvw SPP

Mr Leprechaun said...

i see.. tu la. from what i heard keje mara susah nk dpt promotion. so cikgu ni major in subjek apa? bile interview?

ain sidi said...

sy kimia.. dah intrvw dah pun. rasa2ny cam xdpt je.huhu

Mr Leprechaun said...

oyeke. insyaAllah kalau rezeki tak kemana pun. just keep praying k. kalau x dpt, maybe u're destined to work with KPM kut. hehe..

Post a Comment