Wednesday 1 February 2012

Sekitar Interview MARA

Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM)


Lebih kurang dalam pukul 4 pagi, aku dan kawan-kawan selamat sampai ke Kulim, stay kat rumah kakak aku kat Kolej Mara Kulim. Pagi tue kitorng tak lalu kot breakfast. Bukan nasi goreng kak aku tak sedap tapi suma tengah berdebar nak interview. Pukul 7.45 pagi, kitorang bertolak dari Kulim menuju ke Jawi. Takde sapa-sapa hantar. Aku yang drive sendiri dan tengok peta yang dibekalkan oleh abang ipar. Alhamdulillah, tak susah pun nak cari tempat tue tapi aku tersilap masuk cabang jugak. Tapi nasib baik la sesat tak lama, dalam 5 minit je.

Pukul 8.30 pagi kami sampai kat ILKM, kitorang ternampak kalibat Acap dan Arix, kawan satu kos juga. Then, kitorang sama-sama masuk dalam bangunan pe tah nak tengok2 kot2 kena daftar dulu ke pe tapi tiada. Lepas tue, ili yang interviewnya start pukul 9, masuk ke dewan untuk ujian personaliti. Kitorang yang kena waktu lain, kena tunggu di luar dulu la. Pas sorang, sorang kawan-kawan aku pergi ambik ujian personaliti. Aku pulak, sorang-sorang menunggu diluar sebab turn aku pukul 2 petang. Lambat lagi kot. huhu.. Tapi dalam menunggu tue, aku jumpa ramai la kawan-kawan UPSI dulu, budak Math dan Kimia. Leh borak-borak tanya khabar jap. Lepas tue, ada kawan aku bagitau, tak pe kalau aku masuk je dewan ambik ujian personaliti tue, tak yah tunggu pukul 2 pun tak pe. Maklum la aku kan budak skima, orang cakap pukul 2, pukul 2 la aku tunggu. Tapi ramai gak kawan-kawan aku yang waktu lain-lain datang main belasah je masuk ambik ujian personaliti tanpa tunggu turn diorang. So, aku pe lagi, tak kan nak tengok je orang lain dah bersuka ria habis ujian. Baru je kaki nak melangkah masuk ke dewan, tetiba kawan-kawan aku ajak buat interview terus. Ujian personaliti ambik lepas ni. Aku ikut je la sebab nanti kalau kitorang daftar skali untuk interview, nanti boleh dapat segroup.

Lepas daftar interview, group aku ialah geng-geng aku gak (aku, ana, yati n leeza) dan dua orang budak luar, sorang budak oversea dan sorang lagi budak UITM. Semasa interview, kami kena discuss soalan yang dia bagi pastu bagi conclusion kita. Lepas tue dia tanya sorang-sorang pulak. Tak de pun microteaching suma dan pe yang aku study pasal mara pun dia tak tanya. Wat penat je.. sigh!   Masa interview tue, aku belasah je pape pun janji cakap. Dah la kena fully english. Budak oversea tue smooth je cakap, jeles btul.. huhu. Yang tak leh blah, siap promote NZ lagi. kuikui.. whatever!

Tunggu giliran interview. Gambar shaking,
maybe sebab aku neves coz turn aku dah dekat. huhu

Tag nama aku time interview

Selesai interview, (tak sampai sejam pun rasanya) aku bergegas ambik ujian personaliti pulak. Asalnya petugas tue tak kasi sebab time tue dah nak waktu lunch. Diorang pun nak rehat gak. hehe.. Pastu aku kata aku dah buat interview, so nak tak nak kena lah dia kasi. Mungkin sebab nanti kalau aku ambik petang takut crowded dengan budak sesi petang. Aku tak bagitau pun aku sebenarnya turn petang. hehehe..

Lebih kurang pukul 1 tengahari, suma urusan dah selesai. Then, ajak ana dan suami makan lunch bersama. Maklum la lama dah tak jumpa, boleh borak-borak sambil makan. Abang Wan (suami ana) bawa kitorang makan Nasi Ayam Periuk Besar kat bandar Kulim. Best nasi ayam tu, nak2 pulak memang tengah lapar giler sebab makan pagi tadi je. Memang licin la aku belasah nasi ayam tue. Takde dah diet aku selama ni. huhuhu... Yang lagi bestnya pula time aku nak pergi bayar nasi, makcik kaunter cakap

"tue marka dah bayar dah.." sambil tunjuk kat Abang Wan.

 





ni la nasi ayam periuk besar. yummy~
Yati n leeza
aku, ili n ana

hehe murah rezeki kami hari tue. Abang Wan belanja kitorang makan. Thanks Abang Wan.

Pukul 11 malam, kami bertolak balik ke kelantan.

0 comments:

Post a Comment