Saturday 1 October 2011

kerna aku penganggur

October sudah.. wah cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik sudah hampir 5 bulan aku mengganggur. Bayang-bayang boring posting masih tidak kelihatan. Sebelum ini diuar-uarkan borang akan keluar pada hujung bulan September iaitu selepas raya. Tetapi hmmm hempeh semuanya. Kemudian ada pula ura-ura menyatakan bulan ini akan keluar borang. Sama-samalah kita tunggu dan lihat sama ada benar atau tidak. Kalau tidak alamatnya tahun depan la postingnya.
Kalau tahun depan bulan Januari aku boleh lagi bersabar tapi kalau bulan Jun/Julai, alamatnya.. kena cari kerja lain dulu la. Kerja apa agaknya yang sesuai dengan aku ye? Yela aku dengar daripada kawan-kawan kitorang yang graduan ISMP ni susah nak dapat kerja di pasaran terbuka. Salah satu sebabnya ialah kitorang tidak dapat bertahan lama disesebuah organisasi sebab kami dalam mood ‘standby’. Once dah dapat offer daripada KPM, terus blah. So that organisasi tak mau la pekerja yang dalam ‘standby’ mood cam kami ni. Hmm tapi aku percaya rezeki masing-masing dan aku tidak akan putus asa.

.babysitter 


Itulah kerjaya aku sekarang. Sudah sebulan aku buat kerja tu. Best sangat. Tak ada stress, tak payah kena marah dengan bos, tak payah siap-siap nak pergi tempat kerja, tak ada trafik jem dan macam-macam lagi la. Aku jaga bukannya anak orang lain tapi anak kakak aku sendiri. So jaga kat rumah saja la. Kakak aku yang sulung baru selamat melahirkan anaknya yang ke 2 minggu lepas. Dia balik berpantang dikampung. Yela senang sikit duduk dikampung. Ada mak ayah yang boleh tengok-tengokkan. Jadual seharian aku memang padat. Bangun pagi seawal pukul 5 pagi sebab biasanya Fahim (anak saudara aku yang berusia 1 tahun lebih) akan bangun. Tapi kadang-kadang aku akan bergilir la dengan ma aku dan biasanya yang paling banyak bangun buat susu untuk Fahim, ma la. Hehe.. pukul 7 pagi setelah ma pergi kerja, aku akan masuk dapur buatkan sarapan. Adakalanya kalau aku malas nak masak pagi-pagi, ayah akan beli nasi bungkus di kedai kopi berhampiran. Selepas sarapan, aku akan mandikan fahim dan tidurkan dia supaya senang aku buat kerja-kerja mengemas rumah. Tapi kadang-kadang dia tak mau tidur sebaliknya aku pula yang tertidur. Then, pukul 11 aku masuk dapur sekali lagi masak for lunch. Aku ni bukannya pandai masak pun tapi Alhamdulillah sejak duk rumah ni skill memasak aku dah improve sedikit. Aku masak yang simple2 je. Lagipun ayah aku jenis yang jaga pemakanan, so makanan yang bergoreng, berlemak santan kurang la. Biasanya aku buat bakar/kukus/rebus. Kalau tak tau resepi aku tanya pakcik google. Hehehehe..

0 comments:

Post a Comment