Thursday 13 October 2011

Berakya: kimbap


Yeaaa Alhamdulillah tertunai juga impian aku nak wat kimbap. Semalam pegi shopping bahan-bahan kat tesco. Alhamdulillah suma ada cuma sushi seasoning je tak jumpa. Dah lama dah teringin nak buat kimbap sendiri. Ini juga gara-gara terpengaruh dengan cerita korea la ni. Aii berjaya sungguh diorang mempengaruhi pemikiran aku.
Huhu.. Jom join aku buat kimbap. Senang saje. Bahan-bahannya pun tak susah nak cari. 

Bahan:
Beras pulut, cuka, garam, gula, rumpai laut, crab stick, telur dan timun batang.
Tikar untuk menggulung.

Cara-cara:
1.       masak beras pulut. Actually ni first time aku masak beras pulut. Kebetulan ma aku tiada kat umah so aku main hentam je la sukatan air. Tapi nasib baik tak lembik. Tapi pulutnya tak secantik yang ma aku masak la.
2.       Selepas pulut masak, gaulkan bersama dengan sesudu cuka, garam dan gula. Korang rasa la pulut tu dulu sebelum nak gulung samada masam ke, masin ke, manis ke cukup rasa ke kan.
3.       Last sekali spread kan atas rumpai laut. Letakkan crab stick, telur dan timun batang yang dipotong memanjang. Kemudian, gulung dan potong. Siap!

Cerita panjang-panjang tak guna jugak. Tengok sendiri la gambar ni. Moga dapat ilham ye syahirah. keke

tak cantik pun kimbap ni tapi rasa dia boleh tahan la sedap ^^

p/s: aku tak nyatakan sukatan. Pandai-pandai sendiri la ye. Korang kan terer. Hehe..

4 comments:

syaju said...

wow...kagum la k ain..jd seyh..perghhh nak2..nak rsa gk..huhu..tp awat gmbr kecik sngt?xbest tgk..

ain sidi said...

rasanya not bad cuma appearance dia xcntik sbb pulut skit sgt.

farzailisshvitahealth said...

hebat you....kagum!!

ain sidi said...

gara2 pengaruh girls generation lie.. hehehe

Post a Comment