Wednesday 14 December 2011

Travelog: to Kulim


Hari ini aku, ayah dan my bro syimi pergi ke Kulim, Kedah untuk ambil my lovely mum yang dah homesick duduk rumah my elder sister. Maklum la ni first time my mum away from home for a few days without my dad – tease ayah, hehehe. Since my sister asked me to bring along keropok, so we went to pasar at Pasir Puteh. I said to my dad, why we’re not just buy it at Bukit Bunga? It is on our way already what? Then my dad answered, it’s too expensive la bila di jual ditepi jalan like that. Reaksi aku, hah? Mahal ke?
Nampak macam murah je. Sebabnya kawasan tersebut berdekatan dengan sempadan Thailand seperti Rantau Panjang. Gerai pun banyak ditepi jalan dan pelbagai barangan dijual, kebanyakkannya daripada Thailand.  Aku pun tak pernah singgah disitu lagi walaupun dah beratus-ratus kali lalu kalau nak pergi ke Perak/Kedah/Penang. 

Selesai membeli di Pasir Puteh, aku drive melalui jalan Pasir Puteh – Machang. Sambil memandu, sempat lagi aku memerhati pemandangan sekeliling. Sawah padi dan rumah banglow! Patut la mak angkat aku di Kampar sangat impress dengan rakyat kelantan dan asyik memuji di Kelantan banyak rumah batu besar-besar. Perasaan bangga menjadi Kelantan’s. Untuk menghilangkan kebosanan, aku pun borak-borak dengan ayah pasal tak takut ke diorang buat rumah ditengah-tengah sawah padi? Jiran pun jauh. Kalau apa-apa berlaku susah nak mintak tolong. Then ayah jawab dengan jawapan yang menyimpang dari soalan aku. 

“ Tak sepatutnya tanah sawah padi ni didirikan rumah”. Kata ayah.
“why?” balas aku.
“Yela, andai kata kalau semua orang yang ada tanah sawah dan dirikan rumah, secara tak langsung akan mengurangkan pengeluaran hasil padi.” Balas ayah.

Korang setuju tak? Mesti korang kata takpe kita boleh beli beras dengan Thailand dan lain-lain negara yang mengeluarkan beras. Tambah-tambah kat Kelantan ni majority makan beras siam. Tapi bagi ayah aku, keadaan ini kalau tidak dibendung daripada awal mungkin 20 tahun nanti negara kita akan mengalami masalah beras. Dari situ, Thailand dan negara pengeluar beras akan menaikkan harga beras. Korang ada terfikir tak cam ayah aku fikir? Untuk pengetahuan semua, padi hanya sesuai ditanam di atas tanah tertentu yang membolehkan keadaan air bertakung. Tapi tak tahu la kalau lepas ni melalui R&D ada padi yang boleh ditanam dilaman rumah.

gambar sekadar hiasan

Habis cerita bab padi. Ayah falls asleep dan aku memecut laju kereta lebih kurang 110 – 120 km/j coz kenderaan tak banyak time tue tambahan pula jalan baru ditar, smooth je drive atas ‘highway’ Pasir Puteh – Machang. Sampai di Jeli, ayah terjaga dan suruh singgah rumah adik bongsunya aka mak saudara aku, Mak Su Mah. Lebih kurang 40 minit kemudian, kami meneruskan perjalanan. Kali ni turn ayah pula yang drive. Maklum la jalan lepas ni agak mencabar iaitu jalan bukit bukau membelah banjaran titiwangsa. Baru saja susur keluar dari Bandar Jeli, tiba-tiba kami ternampak sekatan polis. Apa lagi, kelam kabut la kami pakai tali pinggang keledar. Then, bila sampai di sekatan, kami diarahkan ketepi. 

“sudoohh, keno doh”. Keluh ayah.

Tapi aku relex je sebab aku rasa macam kami tak bersalah. Time tue aku tengah makan mister popato kot. Terasa cam nak pelawa polis tue makan skali je. Hehe. 

“Encik tahu tak apa kesalahan encik?” tanya polis trafik tersebut.
“Pada 500m sebelum sekatan, encik tidak pakai tali pinggang keledar. Lampu brek pun tak nyala. Encik ada dua kesalahan ni. Mintak ic dan lesen encik.” Sambung en. Polis. 
“Ambo baru jah tubik Bandar Jeli, tak ingat nak pakai. Eh, iyo ko lampu tak nyala? Ambo tak tahu pun.” Ayah memberi alasan. 


free-free dapat saman

Tapi pasal lampu brek tak nyala aku pun tak perasan. Mungkin baru rosak. Nasib baik polis tue bertimbang rasa saman satu saja kesalahan iaitu tak pakai tali pinggang keledar. Nasib baik time tue bukan aku yang drive, kalau tak dah tercalar rekod bersih aku. Huhuhu. SO, moral of the story, please buckle up people.



Lebih kurang 2 jam kemudian, sampai di Gerik. Singgah di Kuala Rui beli goreng pisang favourite aku. Kalau lalu Gerik mesti singgah beli goreng pisang tue. Goreng pisangnya sedap dan crispy. Then, kami masuk Bandar Gerik cari bengkel untuk baiki lampu brek serta makan tengahari. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kulim. Pukul 3 petang kami sampai ke destinasi, Kolej Mara Kulim.






2 comments:

inisuha said...

bertravelog pulok..ayoh suka cerita benda hok sama.dgn aku pun rasanya pernah sekali cerita pasai tanoh padi hok dikambus buat tapak rumah. tapi tak ingat on da way nak g mano.

ain sidi said...

yeke.. bena dia sajo nak tgk feedback kita gano. gano kita jana idea. tp ak wat bodo jah. kan jd debat ala parliment pulok kalu layan idea2 dia. hehehe

Post a Comment